Tuesday 3 April 2012

PROJEK BERMASALAH -Highland Towers-

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.




PUNCA TRAGEDI

Ø  Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh.
Ø  Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh.
Ø  Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.
Ø  Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah.
Ø  Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada
ØKetidakselarasan akta di antara Akta Pemuliharaan Tanah dengan Akta Mutu Alam Sekitar 1974.
gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.

 





MANGSA


KRONOLOGI
Sebelum 1964
-          Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.
1964
-          Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian.
-          Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.
1974
-          Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.
1978
-          Blok 1 Kondominium telah disiapkan, dan diberi Certificate of Fitness (CF) olleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.
1981
-           Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni
1986
-          Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG.
-          Ia telah mula diduduki penghuni.

 

1 Julai 1992
-          Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.
1993
-          MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.
November 1993
-          Keretakan serius atas jalanraya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.
11 Disember 1993
-          Pada pukul 1.35 tengahari Blok 1 kondominium tumbang.¨  Seorang mayat ditemui  dan 3 orang mangsa berjaya diselamatkan
21 Disember 1993
-          Sehingga tarikh ini 48 mayat telah ditemui.
1994
-          Laporan lengkap berhubung dengan punca-punca tragedi telah diterbitkan.

No comments:

Post a Comment