Tuesday, 3 April 2012

PROJEK MEGA -Menara Berkembar Petronas-

Menara ini merupakan sepasang bangunan yang tertinggi di dunia sebelum menara Taipei 101 mengatasi ketinggiannya. Kedua-dua menara tersebut adalah menara tertinngi dalam abad ke-20 ini. Gelaran menara tertinggi dipegang oleh Menara Berkembar Petronas dari tahun 1998 hingga tahun 2004. Ukuran ketinggian ini diukur dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur menara.

Maklumat
Lokasi :  Kuala Lumpur,  Malaysia
Status : Siap dibina
Tempoh pembinaan :  19921998
Kegunaan :  Pejabat
Dibuka :  31 Ogos 1999

Ketinggian
Antena/Puncak  : 452.0 m (1,482.9 ka)
Bumbung : 378.6 m (1,242.1 ka)
Tingkat atas : 375.0 m (1,230.3 ka)


Maklumat teknikal 
Bilangan tingkat : 88
Keluasan tingkat :  395,000 m² (4,252,000 sq ft) (1 & 2)
Bilangan lif  : 78 (1 & 2)
Kos : AS$ 1.6 bilion
Arkitek :  César Pelli
Jurutera:  Thornton Tomasetti dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd
Kontraktor Hazama Corporation (Menara 1), Samsung C&T (Menara 2) 
Pemilik : Petronas
                                    

Biodata Pereka
Nama : Caesar Pelli                                                                                                                                                                    Asal : San Miguel de Tucumán, Argentina                                                                                                                  
Tarikh Lahir : Oktober 12, 1926                                                                                                                                
Binaan : Menara Berkembar Petronas, Malaysia Cira Centre, Philadelphia, PA, USA 1 Canada Square, London, England, United Kingdom.

Butiran
-            Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998. Pembinaan menara menelan masa  selama tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.
-            Dibina di atas tapak lumba kuda.


-            Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia iaitu sedalam 120 meter dan memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.
-            Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli. 
-            Kaca direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.


No comments:

Post a Comment